****************~>tinggalkan jejak erk..dun f0rget!..tQ<~***********************

Memaparkan catatan dengan label .::al-kisah::.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .::al-kisah::.. Papar semua catatan

...Al-Kisah....

assalamualaikum...
 
terbaca 1 cerita n sama2 kita jdkan ikhtibar.....
 
HIV POSITIF
 
Sejak 2,3 tahun yang lalu aku disahkan diabetic. Beberapa kesan biasa seorang diabetic ialah kelesuan, kebas kaki dan tangan serta sering keletihan. Memang sukar mengawal gula walaupun aku tahu diabetes adalah ibu kepada segala macam penyakit kronik. 
Tambahan lagi aku memang kaki makan. Aku sangka keletihan aku selama ini hanyalah disebabkan penyakit tersebut.

Dalam tempoh tersebut juga aku sering mengalami pendarahan gusi dan bibir tetapi tidaklah terlalu serius. Aku jangkakan ianya berpunca daripada masalah gusi dan bibirku yang kering kerana aku sering berasa dahaga.

Suatu hari, 4 bulan yang lalu aku mengalami pendarahan (bleeding) gusi dan bibir yang hampir tidak berhenti langsung. Walaupun sering berkumur dengan antiseptic mouthwash, bleeding tetap berlaku. Akhirnya aku cuba dapatkan rawatan di klinik swasta.

Klinik swasta menyarankan aku membuat ujian darah di Klinik Kesihatan Daerah kerana bimbang aku dijangkiti denggi. Memang sah bacaan plateletku amat rendah dan aku dimasukkan ke Hospital Daerah kerana suspek denggi.

Selama 2 hari aku di wad biasa, akhirnya aku dipindahkan ke HDW (High Dependency Ward) kerana bacaan platelet dan sel darah putihku tidak menunjukkan peningkatan.

Selepas 2 hari di HDW, aku kembali ke wad biasa. Ramai doctor dan nurse adalah kenalanku kerana daerah yang aku tinggal ini bukanlah besar sangat. Tambahan aku tinggal dan bertugas di kawasan berdekatan.

Sejak itulah secara tiba-tiba sahaja aku terasa berbagai-bagai mimpi ngeri datang dalam hidupku.

Mula-mula doctor menjangkakan aku menghadapi masalah leukimia. Hampir pitam bila aku menerima berita tersebut. Puas bertungkus lumus menguatkan hati cuba menerima berita sedih. Aku cuba terima suratan takdir seadanya.

Baru sahaja aku mula menerima hakikat, timbul pula andaian lain bahawa aku mengidap sejenis kanser yang jarang berlaku iaitu multiple myeloma. Jangka hayatku dijangkakan antara 3-5 tahun sahaja lagi. Lagilah trauma dibuatnya.

Untuk mengesahkannya, doctor perlu menjalankan bone marrow biopsy
(pengambilan sampel darah dari tulang sum-sum). 
Aku diberi ‘cuti’ selama seminggu sebelum menjalaninya.

Pihak hospital menjanjikan aku doctor pakar tetapi yang melakukan prosedur bone marrow biopsy tersebut terdiri daripada M.O. yang muda-muda. Akibatnya, bukannya 1 tetapi 3 tusukan di tulang punggungku. Derita melaluinya, Tuhan sahaja yang tahu. Sampai sekarang ngilunya masih terasa. Itu pun dimaklumkan kemudiannya bahawa sampel yang diambil tidak mencukupi dan tidak diperlukan. Failnya dikatakan ‘hilang’ entah ke mana.

Ketika prosedur bone marrow biopsy tersebutlah berkampit-kampit platelet dan plasma dimasukkan ke tubuhku. Ketika itu jugalah baru aku tahu bahawa aku berisiko mendapat jangkitan kuman melalui prosedur tersebut terutama melalui pemindahan darah. Tambahan lagi aku seorang diabetic. Aku perlu menandatangani beberapa borang ‘kebenaran’ danakujanji sebelum menjalani prosedur tersebut.

Bila aku membuat sedikit carian maklumat melalui kenalan yang bertugas sebagai doctor, pengalaman individu, internet dan memahami sedikit sebanyak tentang tatacara pendermaan dan pemindahan darah, jelaslah kemungkinan human error semasa ujian penyaringan darah tetap berlaku. Bahkan pesakit berkemungkinan dijangkiti apa-apa saja jenis jangkitan.
.. sehari selepas menjalani bone marrow biopsy, aku ditempatkan di isolation room kerana ditakuti mendapat jangkitan kuman. Selain itu aku demam. Mahu tak demam, kena tebuk tulang punggung sampai 3 lubang sekaligus. Meraung aku dibuatnya. ‘Terkurunglah’ aku di situ selama seminggu dan dimasukkan dengan gentamycine dan taxocin antibiotic, (katanya antara antibiotic yang paling kuat)

(Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku keliru ketika berada di isolation room ini apabila doctor gagal menjelaskan kenapa dan mengapa aku perlu menjalani rawatan begitu begini ketika itu. Doctor kelihatan seperti mengelak untuk berterus-terang dan kebanyakan masa aku hanya berkomunikasi dengan doctor pelatih wanita berbangsa india yang sentiasa ragu-ragu membuat keputusan kerana perlu merujuk kepada M.O. Aku tidak salahkan beliau bahkan kami menjadi akrab kerana sentiasa berhubung sepanjang masa)

Alhamdulillah ketika di situ juga bleeding bibir dan gusi aku mula pulih. Doctor menjalankan ujian x-ray yang lebih terperinci termasuk ujian hepatitis dan HIV. Resultnya, buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung aku katanya normal. Ketika itu keputusan ujian HIV aku masih negative. Sampel darah aku diambil untuk dihantar ke makmal Hospital Negeri untuk ujian yang lebih detail.

Selepas seminggu, aku dibenarkan balik dan diberikan temujanji supaya datang sebulan kemudian. Aku dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti lasak, menjauhi tempat-tempat awam dan memakai mask (jika perlu). Doctor bimbang berlaku pendarahan dalaman dan aku mudah terkena infection. Sejak itu aku perasan badanku menjadi semakin lemah.

Sebulan kemudian aku kembali ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian darah terakhir yang telah dilakukan.

Alhamdulillah keputusan ujian hepatitis dan HIV aku tetap negative
(Bermakna aku telah menjalani ujian HIV sebanyak 2 kali dan kedua-duanya 
adalah negative dalam tempoh sebulan). 
Di fasa window period kah aku? Wallahu a’lam!

Berdasarkan keputusan tersebut, bulan berikutnya aku diminta ke Hospital Ampang dengan andaian mempunyai masalah multiple myeloma.
(syukurlah keputusan HIV aku negative ketika itu kerana di wad harian tersebut ramai nurses yang mengenali aku)

Di hospital Ampang, doctor bertanyakan beberapa soalan tentang latar belakang penyakit aku. Sekali lagi aku terpaksa menjalani ujian darah termasuk ujian mengesan hepatitis C dan HIV. Beliau berjanji akan cuba mendapatkan keputusan bone marrow biopsy yang ‘hilang’ daripada pihak Hospital Negeri.

(+/- sebulan) 22 Disember 2010 aku hadir lagi ke Hospital Ampang. Ketika itulah aku menerima keputusan yang sungguh mengejutkan. Aku terasa seolah-olah tubuhku disambar petir apabila mengetahui keputusan ujian darah tempoh hari.

Sejak hari itu bermulalah riwayatku sebagai HIV positif!
 
sumber : kisah taubat .... 
 

p/s : ..moga pintu taubat terbuka...




ISLAMNYA seorang Pendita Yahudi ZAID BIN SANAH

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salaam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, saya lihat wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang kepadaku dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya. SubhanAllah .......

[Tulisan oleh: Farah Hanan Abd. Wahid - Majalah Dakwah, Julai 1993]
 
 
 
 
 

Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia

Strategi Syaitan Menjerumuskan Manusia Sebelum kita mengetahui strategi Syaitan menjerumuskan manusia, ada baiknya terlebih dahulu mengetahui Visi dan Misi Syaitan.Visi Syaitan adalah memperbudak manusia dan Misi Syaitan mengkondisikan manusia lupa kepada Alah Subhanahu wata’ala.

Adapun strategi Syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah sbb :

1. Waswasah Waswasah artinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal sholeh. Saat kumandang azan subuh dan tubuh kita masih dililit selimut, terbersit dalam pikiran kita, “Nanti lima menit lagi”. Ini adalah waswasah. Kenyataannya bukan lima menit tapi satu jam, akhirnya Sholat Shubuh terlambat bahkan tidak sholat.

2. Tazyin Tazyin artinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang yang berpacaran lebih mesra daripada suami-istri? Jalan-jalan saat pacaran lebih mengesankan daripada setelah menikah. Ini karena ada unsur tazyin. Pacaran itu maksiat, sementara nikah itu ibadah. Maksiat disulap oleh Syaitan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan mengesankan. Inilah yang disebut strategi tazyin.

3.Tamanni Tamanni artinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkan terbersit niat akan Shalat Tahjud saat merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada jam tiga saat weker berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur. Pernahkan kita ingin bertobat? Namun pada sat maksiat ada di depan mata, kita tetap saja melakukannya. Ironisnya ini berlangsung berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.

4. A’dawah A’dawah artinya berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar menumbuhkan permusuhan di anatara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Supaya manusia bermusuhan, Syaitan biasanya menumbuhkan prasangka buruk.Karena itu waspadai kalau kita berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap strategi Syaitan.

5. Takwif Takwif artinya menakut-nakuti. Pernahkah merasa takut miskin karena menginfakkan sebagian harta, takut disebut sok alim karena datang ke majelis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takhwif.

6. Shaddun Shaddun artinya berusaha menghalang-halangi manusia menjalankan perintah Allah dengan menggunakan berbagai hambatan. Pernahkah anda merasa malas saat mau melakukan sholat, atau mengantuk saat membacaAl Qur’an meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala shaddun dari Syaitan.

7. Wa’dun Wa’dun artinya janji palsu. Syaitan berusaha membujuk manusia agar mau mengikutinya dengan memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, banyak kasus seorang wanita menyerahkan dirinya pada sang pacar karena dijanjikan akan dinikahi, namun setelah hamil sang pacar meninggalkannya begutu saja. Dia tidak mau bertanggung jawab. Inilah contoh wa’dun atau janji palsu dari Syaitan.

8. Kaidun Kaidun artinya tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak. Pernahkah saat diberi tugas, kita berpikir nanti saja mengerjakannya krn waktu masih lama? Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan asal-asalan dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak optimal atau ada kemunginan pada waktu yang ditentukan pekerjaan tidak selesai. Strategi ini disebut kaidun.

9. Nisyan Nisyan artinya lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi Syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutupi tanggung jawab. Pernahkan kita lupa menunaikan janji? lupa sholat? Kalau sesekali itu bisa disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan berarti terjebak strategi nisyan.

Demikian ringkasan tentang strategi Syaitan. Semoga kita dapat mencermati dan berusaha agar tidak terjebak strategi Syaitan laknatullah (Syaitan yang dilaknat Allah)

Sumber : Judul Buku : Strategi Syaitan menjerumuskan manusia (Menelanjangi strategi jin)
Pengarang : Ustadz Aam Amiruddin 
kredit to: mutiara.laillahaillah.com :)

tanda-tanda hati mati


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah     baginda.

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran diatas kematiannya.




Terjemahan Ayat Kursi

assalamualaikum...

seperti yg di janjikan....kali ni...kita sama2 hayati disebalik makna ayt2 ini...

 Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup, 
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. 
Yang memiliki segala yangada di langit dan yang ada di bumi. 
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya 
melainkan dengan izinNya. 
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka,
 sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allahkehendaki (memberitahu kepadanya).
 Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit danbumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga sertamemelihara keduanya. 
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besa  (kekuasaanNya)

.::Ayat Kursi::.

assalamualaikum..

aku nak ajak n ingatkan diri aku n kawan2... marilah kita amalkan ayat kursi ini....

 


p/s : lain kali aku share makna n kelebihan2 ayat ini...



 

.::Bahaya Harta & Pangkat::.

assalamualaikum...

alkisahnya...aku share artikel nie drpada klik sini

عن ابن كعب بن مالك الأنصاري عن أبيه قال : قال رسول الله ما ذئبان جائعان أرسلا 
في غنم بأفسد لها من حرص المرء على المال و الشرف لدينه


Sesungguhnya manusia dalam menjalani kehidupannya di dunia ini tidak akan terlepas dari cobaan. Ada kalanya cobaan itu berbentuk kemiskinan, kesempitan, kesusahan dalam mencari rizki ataupun cobaan-cobaan lain yang bersifat lebih membutuhkan kesabaran dalam menghadapinya. Namun ada juga cobaan yang bentuknya kekayaan, kedudukan, harta dan lainnya, yang dalam cobaan ini manusia terkadang tidak bisa bersabar atau tidak bisa mensikapi cobaan ini dengan baik.

Abdurrahman bin Auf radhiyallahu ‘anhu berkata ;
ابتلينا مع رسول الله بالضراء فصبرنا ثم ابتلينا بالسراء بعده فلم نصبر
Artinya, “Bersama Rasulullah, kami telah dicoba dengan kesempitan dan kami bersabar, kemudian kami dicoba dengan kelapangan dan kami tidak bisa bersabar”.

Oleh karena itu Rasulullah memperingatkan umatnya akan bahaya harta dan kedudukan dalam sebuah haditsnya yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad no ; 15876 dan no ; 15887, juga dalam kitab Jami’ Turmudzi no ; 2376. Abu ‘Isa berkata tentang hadits ini, “Hadits ini Hasan Shohih”. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar dari Rasulullah, akan tetapi dalam sanadnya terdapat cacat.

Telah kita ketahui bahwa harta mempunyai daya hancur yang hebat bagi agama seseorang, karena ketika orang tersebut mulai dijangkiti rasa cinta terhadap harta dan dunia, maka ia akan selalu menuruti syahwat dan nafsunya untuk selalu berfoya-foya. Dan apabila syahwat ini telah menguasai hatinya, iapun akan malas dalam mencari harta yang halal dan dia akan memburu harta dengan jalan yang penuh syubhat, sehingga ia terlena dari dzikir kepada Allah.

Cukuplah bagi kita sebuah pelajaran yang diambil dari kisah Qorun, seorang alim yang hafal kitab taurat, tetapi ia hancur dan diadzab di dunia bersama harta yang selalu ia kumpul-kumpulkan. Dia diadzab karena satu hal yaitu ia lalai dari dzikir kepada Allah.

Adapun kecintaan kepada pangkat dan kedudukan lebih berbahaya daripada cinta kepada harta. Karena seseorang akan dengan mudah mengeluarkan hartanya untuk sebuah pangkat, akan tetapi kebalikannya orang tidak akan mengorbankan pangkat dan kedudukannya demi harta.

Siapa saja yang dalam hatinya terdapat rasa cinta kepada pangkat, maka perhatiaanya terhadap urusan orang lain akan menyusut, hatinya dipenuhi kesangsian terhadap mereka, semua amalan dan perbuatannya hanya ditujukan untuk mendapat simpati dari mereka, yang itu semua adalah kemunafikan dan kesyirikan yang sangat berbahaya bagi agamanya.
Jadi kecintaan terhadap harta dan kedudukan termasuk hal-hal merusak yang harus segera diobati dengan ilmu dan amal. Mengobati dengan ilmu adalah hendaknya dia mengetahui sebab-sebab kecintaannya terhadap dunia, sehingga dia bisa menghapus sebab-sebab itu dari dalam hatinya. Adapun mengobati dengan amal adalah dengan memandang rendah semua pangkat dan kedudukan, dan dengan mengerjakan amalan-amalan yang lebih bermanfaat baginya.

Akhirnya, marilah kita merenungi perkataan Ibnu Mas’ud, “Barangsiapa yang menginginkan akhirat, ia akan korbankan dunianya. Dan barangsiapa menginginkan dunia ia akan mengorbankan akhiratnya. Wahai kaumku ! korbankanlah dunia yang fana ini untuk meraih  akhirat yang abadi.

p/s : sama2 renungkan...

.::Batu Yg Menyebabkan Pintu Neraka Tertutup::.

al-kisahnya....

ada seorg lelaki yg sdg wukuf d padang Arafah. Kat tgnnya ada 7 ketul batu sbg kesaksian t'hadap Allah n Rasulnya.

Bila waktu untuk tidur dtg, lelaki tu mengucap kalimah syahadah. Dlm tidonya lelaki tue mimpi seakan-akan tlh terjadi hari kiamat. Dia d hisab n amalannya d timbang. Nampaknya dlm mimpinya itu amalan kejhtannya lbh banyak berbanding amalan baiknya sehinggalah dia dihukumkan masuk neraka.

dlm mimpi tue memg jelas ar dia d iringi oleh malaikat b'jln menuju ke neraka. Malaikat bahagian tukang seksa da bermaksud nk campakkan dia dlm neraka tapi tak sanggup sbb d tgn nya ada batu yg m'jd saksi ketika dia melakukan wukuf.

kemudian, malaikat tue heret dia ke pintu neraka yg lain n sekali lg malaikat tue x sanggup nk campakkan dia dlm neraka tue sbb batu dlm genggamannya tue...mcm tue ar seterusnya n seterusnya sampai ar pintu neraka yg ke7....still tertutup pintunya utk dia...


akhirnya malaikat tue maklumkan hal yg berlaku kpd Arasy...n malaikat tu melapor kpd Allah "Ya Allah, kami mampu melemparkan hambaMu yg satu ini ke dlm neraka.Tentunya KAU lbh tau akan urusan hambaMu ini"

Maka...berfirman ar Allah kpd lelaki tu "Wahai hambaKu..batu2 yg kau gunakan tue utk bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah n Muhammad Rasulullah sewaktu engkau menjlnkn ibadah wukuf itulah yg menolongmu. Ia x mensia-siakan hakmu bagaimana aku mensia-siakan hakmu? aku juga menyaksikan syadahah itu".Kemudian Allah berfirman kpd malaikat "wahai malaikat, bawalah hambaKu ini ke dlm syurga!"

Ketika lelaki itu d bawa ke syurga, pintunya tertutup rapat maka dtglah persaksian Lailaha illallah yg menyebabkn pintu itu terbuka n masuklah lelaki itu ke dlmnya....

.::Doa Ibu Juraij::.

assalamualaikum...

al-kisahnya ....

Juraij adlh keturunan Bani Israil. Orgnya warak n byk kerjakan solat2 sunat. Kerana beliau tekun beribadat(suka)..beliau membuat satu ruangan/tempat khas (mcm surau) d pinggir kampung. Suraunya itu sgt sederhana, kecil n bahan bagunannya d perbuat drpd tanah shj.

Ibunya sudah tua maka krn anaknya Juraijlah ia berharap dpt lepaskan segala rasa hatinya utk hari2 tuanya yg masih tersisa.

Pd suatu hari, ibunya dtg ke tmpt ibadahnya krn ingin berjumpa dgnnya. Ketika itu Juraij sdg asyik mengerjakan solat. Ibunya memanggil :"Juraij....Juraij...."

Mendgr suara ibunya, Juraij merasa ragu samada mahu meneruskan solatnya atau menghentikan solatnya utk memenuhi panggilan ibunya. Lalu, Juraij meneruskan solatnya tanpa mempedulikan panggilan ibunya.

Hari berikutnya Ibu Juraij dtg lagi memanggilnya. Kali ini pun Juraij sdg tekun beribadat n tak sempat menjwb panggilan ibunya. Ibunya pulang dgn perasaan kecewa.


Hari seterusnya ibu Juraij dtg lg utk kali yg ke-3. "Juraij!....Juraij!..." katanya dari luar.Rupanya Juraij sdg tekun mengerjakan solat seperti hari2 sebelumnya. Terdetik di hati Juraij :"Tuhanku, apakah aku meneruskan solatku atau menyahut panggilan ibuku?", akhirnya Juraij memilih utk meneruskan solatnya.

Sudah 3 kali ibunya kecewa n kali ini dia x sabar lg sehingga keluarlah kata2 dr mulutnya :
              
                             "Ya Allah, janganlah matikan anakku ini 
sebelum berjumpa dgn wanita penzina"

Juraij selalu menjadi buah mulut org2 kampungnya. Mereka menceritakan ketekunannya beribadat. Ada yg kagum n ramai pula yg iri melihatnya. Org2 yg iri berkata : Beribadat memglah baik tp xkanlah beribadat terus menerus sampai x pedulikan panggilan org tua!"

Org2 yg dengki melihatnya ingin supaya imannya rosak. Dari kalangan mereka muncul seorang wanita cantik n terkenal dgn sikapnya yg sgt pandai menggoda lelaki. "Saya sanggup menggoncang iman Juraij kalau kamu mahu" , kata wanita itu

Setelah berhias n memakai pakaian seksi, wanita itu pergi menemui Juraij. Setibanya dia ditempat Juraij, dia mengetuk pintu : "assalamualaikum! maaf, saya mengaganggu..boleh saya tanya?" katanya berpura-pura menanya itu dan ini.
Melihat sikap Juraij yg seolah-olah kesuntukan masa utk berbual dgnnya, wanita itu kehabisan idea utk bertanya. Dia merasa gagal utk menjalankan misinya. Akhirnya dia pergi berjumpa seorang pengembala yg tidak berapa jauh drpd surau Juraij. Lain halnya dgn Juraij, lelaki pengembala itu menerima kdtgan wanita itu dgn ramah mesra.


Tak lama kemudian, wanita itu hamil n berita kehamilan wanita itu heboh didengari oleh penduduk kampung. Tatkala ditanya siapakah bapa kepada bayi yg dikandungnya, wanita itu berkata bahawa Juraijlah bapa kepada bayinya.


Suasana semakin gempar n berita itu merebak dgn cepat. Masyarakat kampung terus gempar n kemarahan mereka semakin berkobar khususnya kpd Juraij yg  d sangka-sangka mahu melakukan pekerjaan yg keji itu. Mereka pergi ke tempat Juraij utk meminta Juraij bertanggungjawab atas kehamilan wanita itu. Sebaik shj tiba d tempat Juraij, ada dikalangan mereka yg memukulnya krn tersgt marah.


Ketika tersebar berita bhw Juraij d pukul habis-habisan n suraunya dirobohkan, ibunya yg marah n kecewa merasa sgt pilu hatinya. Dia menangis semahunya. Perasaan kecewanya selama ini tiba2 hilang. Dia sgt menyesal krn tlh mendoakan/menyumpah anaknya sehingga terjadinya perkara itu. "Jika aku tahu akan bagini jadinya, tentunya aku tidak akan mendoakan anakku d dtgi wanita penzina", katanya dlm hati sambil teresak n penuh kesal.

Dia yakin Juraij tidak sekeji itu tetapi bagaimana dia mahu membuktikannya? n anak siapakah yg baru d lahirkan wanita itu?, Ibu Juraij berdoa lagi : " Ya Allah, lepaskanlah anakku drpd fitnah ini"

Dikala ketika penduduk kampung sdg menemui Juraij meminta pengakuan :-
Juraij   :  ada apakah ini?
Penduduk : Pura2 tidak tahu apa yg terjadi n bertanya lagi?
Juraij   : saya betul x tahu mengapa saya dipukul?!
(kata Juraij dgn keadaan yg lemah longlai)
Penduduk kampung menceritakan apa yg terjadi
Juraij   : bawalah bayi yg baru lahir itu ke sini n biar aku tanyakan padanya siapakah ayahnya!
Penduduk : mana mungkin bayi sekecil itu boleh menjawab
(penduduk kampung pergi mendapatkan bayi itu kerana rasa ingin tahu n Juraij meminta utk mengerjakan solat sebelum dia menyoal bayi itu)
Juraij menghampiri bayi itu lalu bertanya : "wahai bayi, siapakah ayahmu sebenarnya?"

Tidak semena, bayi itu menjawab dgn jelas bahawa ayahnya adalah pengembala, Polan. Penduduk kampung rasa sgt bersalah n memeluk Juraij n memohon maaf. Mereka ingin membina semula surau Juraij yg telah d robohkan dgn emas.

Juraij menjawab : "saya tidak memerlukan surau yg cantik n megah. tetapi binalah seperti asalnya yakni drpd tanah"




p/s : kata2 ibu tue satu doa tau!~> renung2kan...

.::Yakjuj & Makjuj (berita gempar dari NASA!!)::.

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20
batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", be lia u berkata,
"Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.
"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
>dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang be lia u".
"Mereka mencakar dan menyerang be lia u seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan be lia u bersama rokoknya. Be lia u amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi be lia u telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole
Hole - satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini ka wan ataupun la wan masih
tidak diketahui.


DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)

"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).

"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.

"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.

"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..




Salam untuk semua

Saya taipkan terjemahan Surah Al Ikhlaas agar kita dapat menghayati sepenuhnya.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); "(Tuhanku) ialah Allah Yan g Maha Esa;

2. Allah yang menjadi tumpuan seke lia n makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Sekadar menyampaikan.......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wan na share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.

Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

B ila be lia u hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Be lia u cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Be lia u cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang be lia u 'pegang' betul-betul, dan be lia u nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Be lia u juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata be lia u, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik.

Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. B ila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik lagi.

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, be lia u minta diri dan h ila ng dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu be lia u berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break**.meditate*3 minutes & calm your mind*

Recite 3x :

Maka, sampaikan ilmu ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

p/s : info nie aku dpt drpd http://keindahansemalam.blogspot.com

.::akhlak mulia jauhi kemungkaran::.

assalamualaikum..

morning!!!!!!!!!!

al-kisahnya........

FALSAFAH moden Barat hanya mengenal istilah moral dan etika. Ia mengandungi nilai dan falsafah tersendiri dalam pengertian Barat. Kedua-duanya bersumberkan daripada akal manusia serta bersifat pragmatik (berubah-ubah) dalam menyesuaikan dengan perubahan dan kehendak akal dan nafsu manusia.



Dalam Islam, nilai dan peraturan kehidupan diasaskan kepada nilai akhlak. Akhlak dalam ajaran Islam adalah bersifat rabbani, iaitu bersumber daripada Allah. Ia meliputi semua akhlak dan sifat mulia yang diajar al-Quran.


Akhlak dalam ajaran Islam berasal daripada akar kata khulqun yang bermaksud tabiat, tingkah laku dan budi pekerti. Berdasarkan Muhammad Uthman El-Muhammady, al-Khulq dari segi istilahnya mengandungi erti `kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa insan dan berdasarkan dorongan serta pertimbangan sifat itu, maka sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk’. Al-Ghazali menyatakan akhlak adalah bawaan sifat jiwa tersembunyi yang melahirkan tingkah laku atau perbuatan.


Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan umat Islam dapat dimengertikan melalui doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad).


Orang yang berakhlak mulia dicintai nabi dan di akhirat kelak golongan yang baik akhlaknya akan berada dekat dengan nabi seperti maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, “Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.


Sesungguhnya kemuliaan kita selaku umat Islam terletak pada keindahan akhlak diamalkan. Manusia yang berakhlak adalah manusia yang sedia membataskan dirinya menurut batas yang ditetapkan penciptanya.


Di dalam al-Quran terlalu banyak ayat yang mendorong kita mengamalkan sifat terpuji (berakhlak) seperti sifat ihsan, jujur, sabar, suka memaaf, berlapang dada, berbaik budi, membantu orang lain, menepati janji, tidak berputus asa, rendah diri, tidak zalim, tidak rasuah, tidak berzina, tidak minum arak, tidak mengherdik ibu-bapa, tidak melampaui batas dan sebagainya.


Dr Yusuf al-Qardawi menjelaskan betapa syumulnya akhlak dalam ajaran Islam sehingga ia mampu membentuk etika (panduan dan peraturan) dalam semua cakupan kehidupan seperti etika terhadap keluarga, etika terhadap masyarakat, etika terhadap alam dan etika terhadap Allah.


Semua bentuk maksiat dan kemungkaran yang dilakukan manusia mampu merosak kemuliaan darjat insan selain ia turut merosakkan rangka masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itulah dalam Islam, kemajuan dan pembangunan manusia itu perlu sekali mengambil kira persoalan akhlak.


Uthman El-Muhammady berkata, kegiatan pembangunan dalam tamadun manusia tidak boleh dipisahkan daripada persoalan akhlak. Jika ia dipisahkan maka ia akan mengundang akibat buruk yang merosak dan membinasakan tujuan pembangunan itu sendiri.


Di antara fungsi penting perutusan Rasulullah SAW adalah untuk membaiki akhlak manusia. Ini bermakna risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mempunyai nilai dan misi pendidikan (tarbiyyah) ke atas jiwa manusia.


Ini adalah perkara penting dalam konteks reformasi sosial yang dibawa oleh nabi di tengah-tengah kehadirannya dalam masyarakat jahiliah yang rosak akhlaknya. Kita diperintahkan al-Quran untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti dalam firman-Nya yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang” (surah al-Ahzaab:21). Akhlak yang baik juga dihubungkan dengan nilai amalan kita seperti maksud hadis, “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” (Riwayat al-Hakim).


Syariah Islam yang dibawa nabi adalah bertujuan menjaga dan memelihara lima prinsip kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana itu Islam melarang mendekati dan melakukan kerja mungkar atau maksiat iaitu perbuatan yang tidak berakhlak dalam apa bentuk sekali pun.


Islam tidak mengizinkan sama sekali aktiviti tidak berakhlak seperti pelacuran (atas apa nama dan alasan sekalipun), pertandingan ratu cantik (atas apa nama sekalipun), homoseksual, bersekedudukan tanpa nikah, seks bebas, lesbian, gay, penagihan dadah, minum arak dan seumpamanya.


Begitu juga Islam melarang akhlak mazmumah yang lain seperti fitnah, adu-domba, khianat, buruk sangka, berniat jahat, tuduhan palsu, takbur, sombong, riak, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.


Satu perkara penting berhubung kait dengan persoalan akhlak ialah akal. Islam amat menghargai kemuliaan akal kerana ia adalah jalan ilmu, jalan mencari hidayah dan jalan mencari kebenaran.


Oleh kerana itu, Islam melarang minum arak, menagih dadah dan lain-lain bahan yang boleh merosakkan akal. “Sejahat-jahat makhluk ialah mereka yang gagal memanfaatkan akal (surah al-Anfal: 22), dan di antara golongan ahli neraka adalah mereka yang tidak menggunakan akalnya” (surah al-Mulk:10).


Apabila akal dijaga dan disuburkan dengan ilmu, maka akal akan memandu manusia memahami wahyu-Nya. Akal yang menerima hidayah Allah akan menolak aliran fahaman yang mengheret manusia kepada perlakuan hidup bebas dan tidak berakhlak.


Oleh kerana itu, masalah keruntuhan akhlak yang melanda umat Islam hari ini disebabkan kita gagal memanfaatkan akal dalam konteks memahami kebaikan dan keburukan sesuatu yang disogokkan oleh budaya dan pemikiran Barat.


Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Atas (meninggal 24 Januari 2007) dalam tulisannya Watak Tertawan Di Negara Membangun dalam buku Pasca Kolonialisme Dalam Pemikiran Melayu (terbitan DBP, 2005) menghurai mengenai penyakit atau gejala, sikap, perangai atau watak tertawan terhadap pengaruh dan budaya barat.


Beliau berkata, masalah watak tertawan ini bukan masalah kita terhadap Barat tetapi ia adalah masalah peribadi kita yang terikut-ikut (peniruan) tanpa sikap atau pemikiran yg mendalam dan rasional terhadap apa didatangkan Barat kepada kita.


Watak tertawan ini lebih kepada persoalan mengenai kegagalan kita memanfaatkan akal secara mendalam dan rasional. Watak tertawan ini gagal menolak dan membantah apa-apa disaji atau disogokkan Barat dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan kemajuan kepada kita.


Kesimpulan, sejauh mana dan sehebat mana majunya kehidupan ini, manusia tetap memerlukan nilai akhlak. Umat Islam harus menjadikan akhlak yang diajar oleh al-Quran dan diamalkan oleh nabi kita Muhammad SAW sebagai perkara asas untuk mencari dan menuju mardhatillah di dunia dan di akhirat.


Masalah kita hari ini ialah kita masih tetap teguh menganut agama Islam, tetapi di sisi yang lain kita gagal mengamalkan akhlak Islam dengan baik dan berkesan.


Hanya dengan mengamalkan akhlak yang mulia kita dapat menemui as-Salam, iaitu kesejahteraan dan kebahagiaan.


Setiap Muslim harus kembali dengan penuh iltizam mengamalkan akhlak Islamiah yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan yang penuh cabaran dan menggugat ini. Jauhilah diri meniru budaya dan amalan Barat yang merosakkan akhlak kita selaku umat Islam.


Tirulah dari barat dalam perkara positif yang sebenarnya berasal dari Islam seperti budaya membaca, budaya mengkaji dan meneroka dan sebagainya.


Akhirnya, marilah kita renungkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Hasan al-Basri, “Seorang Muslim itu sangat ketat menjaga akhlaknya dan sentiasa melakukan muhasabah diri. Ia menjaga akhlaknya lebih ketat daripada seorang saudagar menjaga harta dan perdagangannya”.


Renungkanlah...

Extended Network Banners