assalamualaikum...
terbaca 1 cerita n sama2 kita jdkan ikhtibar.....
HIV POSITIF
Sejak
2,3 tahun yang lalu aku disahkan diabetic. Beberapa kesan biasa seorang
diabetic ialah kelesuan, kebas kaki dan tangan serta sering keletihan.
Memang sukar mengawal gula walaupun aku tahu diabetes adalah ibu kepada
segala macam penyakit kronik.
Tambahan lagi aku memang kaki makan. Aku
sangka keletihan aku selama ini hanyalah disebabkan penyakit tersebut.
Dalam
tempoh tersebut juga aku sering mengalami pendarahan gusi dan bibir
tetapi tidaklah terlalu serius. Aku jangkakan ianya berpunca daripada
masalah gusi dan bibirku yang kering kerana aku sering berasa dahaga.
Suatu
hari, 4 bulan yang lalu aku mengalami pendarahan (bleeding) gusi dan
bibir yang hampir tidak berhenti langsung. Walaupun sering berkumur
dengan antiseptic mouthwash, bleeding tetap berlaku. Akhirnya aku cuba dapatkan rawatan di klinik swasta.
Klinik
swasta menyarankan aku membuat ujian darah di Klinik Kesihatan Daerah
kerana bimbang aku dijangkiti denggi. Memang sah bacaan plateletku amat
rendah dan aku dimasukkan ke Hospital Daerah kerana suspek denggi.
Selama
2 hari aku di wad biasa, akhirnya aku dipindahkan ke HDW (High
Dependency Ward) kerana bacaan platelet dan sel darah putihku tidak
menunjukkan peningkatan.
Selepas
2 hari di HDW, aku kembali ke wad biasa. Ramai doctor dan nurse adalah
kenalanku kerana daerah yang aku tinggal ini bukanlah besar sangat.
Tambahan aku tinggal dan bertugas di kawasan berdekatan.
Sejak itulah secara tiba-tiba sahaja aku terasa berbagai-bagai mimpi ngeri datang dalam hidupku.
Mula-mula doctor menjangkakan aku menghadapi masalah leukimia. Hampir pitam bila aku
menerima berita tersebut. Puas bertungkus lumus menguatkan hati cuba
menerima berita sedih. Aku cuba terima suratan takdir seadanya.
Baru
sahaja aku mula menerima hakikat, timbul pula andaian lain bahawa aku
mengidap sejenis kanser yang jarang berlaku iaitu multiple myeloma.
Jangka hayatku dijangkakan antara 3-5 tahun sahaja lagi. Lagilah trauma
dibuatnya.
Untuk mengesahkannya, doctor perlu menjalankan bone marrow biopsy.
(pengambilan sampel darah dari tulang sum-sum).
Aku diberi ‘cuti’ selama seminggu sebelum menjalaninya.
Pihak hospital menjanjikan aku doctor pakar tetapi yang melakukan prosedur bone marrow biopsy
tersebut terdiri daripada M.O. yang muda-muda. Akibatnya, bukannya 1
tetapi 3 tusukan di tulang punggungku. Derita melaluinya, Tuhan sahaja
yang tahu. Sampai
sekarang ngilunya masih terasa. Itu pun dimaklumkan kemudiannya bahawa
sampel yang diambil tidak mencukupi dan tidak diperlukan. Failnya
dikatakan ‘hilang’ entah ke mana.
Ketika prosedur bone marrow biopsy
tersebutlah berkampit-kampit platelet dan plasma dimasukkan ke tubuhku.
Ketika itu jugalah baru aku tahu bahawa aku berisiko mendapat jangkitan
kuman melalui prosedur tersebut terutama melalui pemindahan darah.
Tambahan lagi aku seorang diabetic. Aku perlu menandatangani beberapa
borang ‘kebenaran’ danakujanji sebelum menjalani prosedur tersebut.
Bila
aku membuat sedikit carian maklumat melalui kenalan yang bertugas
sebagai doctor, pengalaman individu, internet dan memahami sedikit
sebanyak tentang tatacara pendermaan dan pemindahan darah, jelaslah
kemungkinan human error semasa ujian penyaringan darah tetap berlaku. Bahkan pesakit berkemungkinan dijangkiti apa-apa saja jenis jangkitan.
.. sehari selepas menjalani bone marrow biopsy, aku ditempatkan di isolation room kerana ditakuti mendapat jangkitan kuman. Selain itu aku demam. Mahu
tak demam, kena tebuk tulang punggung sampai 3 lubang sekaligus.
Meraung aku dibuatnya. ‘Terkurunglah’ aku di situ selama seminggu dan
dimasukkan dengan gentamycine dan taxocin antibiotic, (katanya antara antibiotic yang paling kuat)
(Ada
beberapa perkara yang menyebabkan aku keliru ketika berada di isolation
room ini apabila doctor gagal menjelaskan kenapa dan mengapa aku perlu
menjalani rawatan begitu begini ketika itu. Doctor kelihatan seperti
mengelak untuk berterus-terang dan kebanyakan masa aku hanya
berkomunikasi dengan doctor pelatih wanita berbangsa india yang sentiasa
ragu-ragu membuat keputusan kerana perlu merujuk kepada M.O. Aku tidak
salahkan beliau bahkan kami menjadi akrab kerana sentiasa berhubung
sepanjang masa)
Alhamdulillah
ketika di situ juga bleeding bibir dan gusi aku mula pulih. Doctor
menjalankan ujian x-ray yang lebih terperinci termasuk ujian hepatitis
dan HIV. Resultnya, buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung aku katanya normal. Ketika itu keputusan ujian HIV aku masih negative. Sampel darah aku diambil untuk dihantar ke makmal Hospital Negeri untuk ujian yang lebih detail.
Selepas
seminggu, aku dibenarkan balik dan diberikan temujanji supaya datang
sebulan kemudian. Aku dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti
lasak, menjauhi tempat-tempat awam dan memakai mask
(jika perlu). Doctor bimbang berlaku pendarahan dalaman dan aku mudah
terkena infection. Sejak itu aku perasan badanku menjadi semakin lemah.
Sebulan kemudian aku kembali ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian darah terakhir yang telah dilakukan.
Alhamdulillah keputusan ujian hepatitis dan HIV aku tetap negative.
(Bermakna aku telah menjalani ujian HIV sebanyak 2 kali dan
kedua-duanya
adalah negative dalam tempoh sebulan).
Di fasa window
period kah aku? Wallahu a’lam!
Berdasarkan
keputusan tersebut, bulan berikutnya aku diminta ke Hospital Ampang
dengan andaian mempunyai masalah multiple myeloma.
(syukurlah keputusan HIV aku negative ketika itu kerana di wad harian tersebut ramai nurses yang mengenali aku)
Di
hospital Ampang, doctor bertanyakan beberapa soalan tentang latar
belakang penyakit aku. Sekali lagi aku terpaksa menjalani ujian darah
termasuk ujian mengesan hepatitis C dan HIV. Beliau berjanji akan cuba
mendapatkan keputusan bone marrow biopsy yang ‘hilang’ daripada pihak
Hospital Negeri.
(+/-
sebulan) 22 Disember 2010 aku hadir lagi ke Hospital Ampang. Ketika
itulah aku menerima keputusan yang sungguh mengejutkan. Aku terasa seolah-olah tubuhku disambar petir apabila mengetahui keputusan ujian darah tempoh hari.
Sejak hari itu bermulalah riwayatku sebagai HIV positif!
sumber : kisah taubat ....
p/s : ..moga pintu taubat terbuka...
macam mana dia boleh kena HIV positif ni?
BalasPadam