****************~>tinggalkan jejak erk..dun f0rget!..tQ<~***********************

.::Doa Ibu Juraij::.

assalamualaikum...

al-kisahnya ....

Juraij adlh keturunan Bani Israil. Orgnya warak n byk kerjakan solat2 sunat. Kerana beliau tekun beribadat(suka)..beliau membuat satu ruangan/tempat khas (mcm surau) d pinggir kampung. Suraunya itu sgt sederhana, kecil n bahan bagunannya d perbuat drpd tanah shj.

Ibunya sudah tua maka krn anaknya Juraijlah ia berharap dpt lepaskan segala rasa hatinya utk hari2 tuanya yg masih tersisa.

Pd suatu hari, ibunya dtg ke tmpt ibadahnya krn ingin berjumpa dgnnya. Ketika itu Juraij sdg asyik mengerjakan solat. Ibunya memanggil :"Juraij....Juraij...."

Mendgr suara ibunya, Juraij merasa ragu samada mahu meneruskan solatnya atau menghentikan solatnya utk memenuhi panggilan ibunya. Lalu, Juraij meneruskan solatnya tanpa mempedulikan panggilan ibunya.

Hari berikutnya Ibu Juraij dtg lagi memanggilnya. Kali ini pun Juraij sdg tekun beribadat n tak sempat menjwb panggilan ibunya. Ibunya pulang dgn perasaan kecewa.


Hari seterusnya ibu Juraij dtg lg utk kali yg ke-3. "Juraij!....Juraij!..." katanya dari luar.Rupanya Juraij sdg tekun mengerjakan solat seperti hari2 sebelumnya. Terdetik di hati Juraij :"Tuhanku, apakah aku meneruskan solatku atau menyahut panggilan ibuku?", akhirnya Juraij memilih utk meneruskan solatnya.

Sudah 3 kali ibunya kecewa n kali ini dia x sabar lg sehingga keluarlah kata2 dr mulutnya :
              
                             "Ya Allah, janganlah matikan anakku ini 
sebelum berjumpa dgn wanita penzina"

Juraij selalu menjadi buah mulut org2 kampungnya. Mereka menceritakan ketekunannya beribadat. Ada yg kagum n ramai pula yg iri melihatnya. Org2 yg iri berkata : Beribadat memglah baik tp xkanlah beribadat terus menerus sampai x pedulikan panggilan org tua!"

Org2 yg dengki melihatnya ingin supaya imannya rosak. Dari kalangan mereka muncul seorang wanita cantik n terkenal dgn sikapnya yg sgt pandai menggoda lelaki. "Saya sanggup menggoncang iman Juraij kalau kamu mahu" , kata wanita itu

Setelah berhias n memakai pakaian seksi, wanita itu pergi menemui Juraij. Setibanya dia ditempat Juraij, dia mengetuk pintu : "assalamualaikum! maaf, saya mengaganggu..boleh saya tanya?" katanya berpura-pura menanya itu dan ini.
Melihat sikap Juraij yg seolah-olah kesuntukan masa utk berbual dgnnya, wanita itu kehabisan idea utk bertanya. Dia merasa gagal utk menjalankan misinya. Akhirnya dia pergi berjumpa seorang pengembala yg tidak berapa jauh drpd surau Juraij. Lain halnya dgn Juraij, lelaki pengembala itu menerima kdtgan wanita itu dgn ramah mesra.


Tak lama kemudian, wanita itu hamil n berita kehamilan wanita itu heboh didengari oleh penduduk kampung. Tatkala ditanya siapakah bapa kepada bayi yg dikandungnya, wanita itu berkata bahawa Juraijlah bapa kepada bayinya.


Suasana semakin gempar n berita itu merebak dgn cepat. Masyarakat kampung terus gempar n kemarahan mereka semakin berkobar khususnya kpd Juraij yg  d sangka-sangka mahu melakukan pekerjaan yg keji itu. Mereka pergi ke tempat Juraij utk meminta Juraij bertanggungjawab atas kehamilan wanita itu. Sebaik shj tiba d tempat Juraij, ada dikalangan mereka yg memukulnya krn tersgt marah.


Ketika tersebar berita bhw Juraij d pukul habis-habisan n suraunya dirobohkan, ibunya yg marah n kecewa merasa sgt pilu hatinya. Dia menangis semahunya. Perasaan kecewanya selama ini tiba2 hilang. Dia sgt menyesal krn tlh mendoakan/menyumpah anaknya sehingga terjadinya perkara itu. "Jika aku tahu akan bagini jadinya, tentunya aku tidak akan mendoakan anakku d dtgi wanita penzina", katanya dlm hati sambil teresak n penuh kesal.

Dia yakin Juraij tidak sekeji itu tetapi bagaimana dia mahu membuktikannya? n anak siapakah yg baru d lahirkan wanita itu?, Ibu Juraij berdoa lagi : " Ya Allah, lepaskanlah anakku drpd fitnah ini"

Dikala ketika penduduk kampung sdg menemui Juraij meminta pengakuan :-
Juraij   :  ada apakah ini?
Penduduk : Pura2 tidak tahu apa yg terjadi n bertanya lagi?
Juraij   : saya betul x tahu mengapa saya dipukul?!
(kata Juraij dgn keadaan yg lemah longlai)
Penduduk kampung menceritakan apa yg terjadi
Juraij   : bawalah bayi yg baru lahir itu ke sini n biar aku tanyakan padanya siapakah ayahnya!
Penduduk : mana mungkin bayi sekecil itu boleh menjawab
(penduduk kampung pergi mendapatkan bayi itu kerana rasa ingin tahu n Juraij meminta utk mengerjakan solat sebelum dia menyoal bayi itu)
Juraij menghampiri bayi itu lalu bertanya : "wahai bayi, siapakah ayahmu sebenarnya?"

Tidak semena, bayi itu menjawab dgn jelas bahawa ayahnya adalah pengembala, Polan. Penduduk kampung rasa sgt bersalah n memeluk Juraij n memohon maaf. Mereka ingin membina semula surau Juraij yg telah d robohkan dgn emas.

Juraij menjawab : "saya tidak memerlukan surau yg cantik n megah. tetapi binalah seperti asalnya yakni drpd tanah"




p/s : kata2 ibu tue satu doa tau!~> renung2kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Extended Network Banners