........................................................> ;)
****************~>tinggalkan jejak erk..dun f0rget!..tQ<~***********************
Memaparkan catatan dengan label .::Bulan::.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .::Bulan::.. Papar semua catatan
.::1 syawal ::.
assalamualaikum..
Salam aidilfitri maaf zahir batin….hari nie hari ke-2 kite
berhari raya…hari terakhir puasa…aku bertungkus lumus sehabis nyawa menyusun
atur n mengemas rumah…Alhamdulillah…jam 5pagi 1 Syawal…segalanya selesai…cume
letih yg teramat…tp aku masih boleh kendalikan pakaian hubby n askar2….bersiap
utk balik kg…(Bukit Changgang)…
Selepas selesai hubby solat sunat hari raya, kami bersalaman
n terus bergerak ke Bukit Changgang dgn perot yg teramat lapaQ….huhu…tibanya
d uma ibu mertuaku….kami ‘bersalaman’ n tanpa berlengah..aku terus ke meja
makan…dgn hubby….lepas makan2…kami ke Salak Tinggi(umah ibu ayah aku)….tibanya
di Salak Tinggi…nampaknye semua pun tgh menjamu selera…sambil bergurau n gelak
ketawa…..ayah + ummi + aku +angah + ifwat xde(penat sgt semalaman berjaga jual
lemang) + widad + sadid + adeQ ayit + intan + nuha +wau + aman + amin + anan ….meriah
sangat…. J
lepas je makan…masing2 bersiap…..golongan kanak2 berlari berkejaran…sementara
yg dewasa…ummi n intan membungkus makanan, adeQ ayit tunggu turn nk mandi (tdo
plak die)…yg laen…sibuk bincang pasal perjalanan….hubby aku…tdo..kepenatan
mengemas rumah blm abis lg… J
Atas persetujuan…selepas ‘bersalaman’…3 buah kereta d
gunakan…(ayah + angah + hubby = driver)…drpd Salak Tinggi(jam 11 tgh/hr)..terus
balik kg ummi d Tanjong Karang, Selangor….xmcm slalu…tahun nie xsinggah umah ‘gegirl’ adek2 aku…sbb yg 1
nyer da clash…huhu ala…cedey…. :’( …urm….sampai jer umah nenek….kiteorg mkn lg…sampai
penuh ruang dapo nenek… J
hehe …
Lepas makan…duduk chit chat jap..sebelum teruskan perjalanan
ke Pasir Panjang, Selangor umah atok sebelah ayah…..dr jauh..nampak atok duduk
termenung depan pintu umah…n segera atok buka pintu sebaik nmpak kereta kami…. Atok
sambut kami dgn senyuman yg sangat mesra…masing2 pun ‘bersalaman’..duduk n
borak2 dgn atok…sampai ar masuknya waktu solat maghrib…selesai solat..widad +
ayah sepakat bermalam di rumah atok n kami yg lain bermalam d rumah nenek Tg
Karang…. J
Suasana kemeriahan hari nie banyak mengimbau kenangan lama….ragam
n karenah kami waktu kecik2 dulu…. J
p/s : bj tema thun nie 1=biru (lelaki bj melayu..pempuan bj
kurung)…2=oren(lelaki t-shirt..pempuan bj kurung)….3=maroon~merah…..
.::24 years old::.
alhamdulillah...syukur..genap 24tahun aku menikmati suka duka kehidupan nie....urm...semakin mencabar aku rasakan perjalanan meniti hari demi hari nie...tp apakan daya..langkah masih mesti d teruskan hingga ke hujung nyawa...sambil melangkahnie banyak perkara yg masih aku kelirukan...masih bermain2 dlm fikiran aku...tapi terlalu secret rasenyer utk aku kongsikan dlm ruangan nie.....mungkin xperlu....hurm....24tahun....aku masih xhenti2 belajar n mencari siapa diri aku n skrg aku sdg mengenali diri aku dgn lebih lg........aku masih seorg insan biasa di usia ini...cuma bezanya mungkin ada tp aku tetap aku yg dulu.....kalo nk d tny tetang impian/harapan yg aku nk....mungkin xcukup nk d list kat cni....almaklum....aku manusia biasa.......x perfect.....tp ade 3 perkara utama dlm fikiran aku saat nie.....hubby, permata hati n perjalanan yg akan dtg....
semoga apa yg aku inginkan menjd kenyataan~
"Ya Allah...andainya aku tergolong dlm mereka yg teraniaya....permudahkanlah urusan ku..n andainya aku d kalangan mereka yg bersalah...tunjukkan aku kebenaranya..n andainya aku adalah aku...ampunkan dosaku"
p/s : selamat hari ulangtahun siti 'erfah akalilah bt ramli!
.::puasa & kelebihan terawih::.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
- Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
- Orang yang sakit
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
- Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
- Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
- Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
- Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
- Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
- Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
- Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
- Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
- Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
- Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
- Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
- Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
- Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
- Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
- Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
- Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
- Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
- Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
- Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
- Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Berkaitan dengan kelebihan / fadilat
sunat terawih di atas sepertimana yang saya difahami sebenarnya
bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan
Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan
dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis
Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat
itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita
hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya
boleh membawa kepada kesesatan.
Langgan:
Catatan (Atom)


