****************~>tinggalkan jejak erk..dun f0rget!..tQ<~***********************

.::wajah rahsia hati::.

assalamualaikum...

alhamdulillah aku masih d beri nyawa untuk menikmati kehidupan yang mencabar ini..moga apa yang aku lakukan hari ini mendapat keberkatan.

7 bulan sudah aku berada di sini...di bumi penyayang ini..pelbagai ujian dan dugaan telah aku terima..dalam lemah aku gagah kan juga setelah melihat keletah cahaya mata ku yang penuh semangat untuk meneruskan harinya...daripada semangat mereka itulah aku bina kekuatan untuk meneruskan perjuangan disini...

seperti buah yang telah masak ranum daripada pandangan luarannya...namun hakikatnya ia tidak seenak yang disangka...mungkin juga keenakan itu ada cuma banyak yang perlu d usahakan dan diselesaikan untuk menikmatinya dengan sepenuh hati....

aku hampir rebah dalam meneruskan perjalanan..terlalu banyak perkara yang berlaku tanpa diduga..terlalu banyak kesakitan yang diterima...mungkin aku tidak bersedia sewaktu menerima tugas ini...namun hati ini semakin sayang pada kehidupan disini...n melihatkan dia yang senantiasa bersemangat dalam memikul tugasnya...n atas nasihat n kata2nya yang tiadak mengenal erti putus asa, aku jadi semakin kuat n berkobar-kobar memikul tugasku...

"Ya Allah, andainya ujianMu kepadaku ini adalah sebagai balasan atas segala dosaku, aku terima & aku akan cuba sedaya-upayaku dengan keizinanMu"

p/s: sedang aku bersendiri menenangkan hati, aku teringat sesuatu......n apa yang aku lakukan hari ini adalah atas permintaanku<~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Extended Network Banners