assalamualaikum...
insya'allah..hari nie..aku nk tambah 1 lagi labels post...iaitu "wanita"...n bg perasmian labels nie...aku nak share tentang kisah Nabi Adam A.S dengan Siti Hawa..
Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat
ke atas dan ke bawah, maka baginda tidak melihat seorang pun dari
jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian.
Seperti diungkapkan
bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan
rindu kepada jenisnya.
Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba-tiba ia merasa sangat
mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada
Malaikat Jibril as. agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan
Nabi Adam as. tidak merasakan kesakitannya.
Kemudian Allah menciptakan
dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita,
yang diberi nama dengan
Hawa.
Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT
kepada
Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian
dan budi pekerti
diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan,
kecintaan dan kasih sayang diletakkan
di dalam hati Adam as. Sehingga
Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit
dan bumi, sedangkan Adam as. menjadi seorang lelaki yang paling tinggi
rasa cintanya di seluruh langit dan bumi. Kemudian Allah SWT memakaikan kepada
Siti Hawa tujuh puluh
macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya
didudukkan diatas singgahsana dari emas.
Setelah itu Allah SWT membangungkan Adam as. dari tidurnya,
sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya.
Adam as. bertanya: “Siapakah
Engkau?
Siti Hawa menjawab” Aku diciptakan Allah untuk dirimu.
Adam
berkata: Dekatlah engkau kepadaku.
Siti Hawa menjawab: Sebaiknya
engkaulah yang mendekati aku.”
Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti
Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasan bagi umat manusia sebagai
keturunan Adam. pihak lelaki menemui atau meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang
Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: “Wahai Adam, bersabarlah!, sebab
pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan
nikah.” Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni
Syurga,
menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah
memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon
bernama Thuubaa.
Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: “Alhamdulillah pujian untuk-Ku,
dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku,
seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat
dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam
dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku.”
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan
mutiara dan delima,
lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as.
Siti
Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam.
Maka Adam as. berkata: “Ya
Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata?
Allah berfirman: Bukan Wahai Adam as.”
Adam bertanya lagi: “Apakah aku harus berpuasa, solat atau
mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam.
Adam
bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan?
Allah berfirman:
Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk
Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.”
Allah SWT berfirman kepada Adam as.: “Berilah selawat kepada
Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu.
Kepada umat Muhammad Allah
berfirman: “Shollu Alaihi Wasallimu’ berilah selawat dan salam untuknya.
Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu,
dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.”
p/s :kisah ini aku ambil daripada http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/03/kisah-nabi-adam-as-dan-siti-hawa/#comments untuk dijadikan pengetahuan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan