Cinta luar biasa..Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..Hingga pada
hembusan nafasnya yang terakhir..Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar
biasa..Kisah cinta Handzalah..Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..Lantaran menyahut seruan jihad..Akhirnya syahid di medan
perjuangan..
Cinta luar biasa..Seteguh kasih
Khadijah..Tak pernah jemu memberikan sokongan..Rela mengorbankan segala
kemewahan..Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..
Cinta
luar biasa..Kisah kesetiaan Abu Bakar..Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..Insan yang sentiasa membenarkan..Sewaktu kata-kata
Rasulullah dipersendakan..
Cinta luar biasa..Kisah
ketabahan Hajar..Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama
Ismail..Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..Tatkala
mendengar tangisan si anak kecil..
Cinta luar
biasa..Umpama keberanian Ali..Di malam penghijrahan Nabi..Menggantikan
Rasulullah di tempat tidurnya..Walaupun jiwa menjadi taruhan..
Cinta
luar biasa..Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..Menggadaikan nyawa
demi mempertahankan aqidah..Iman di dada tak sedikit pun goyah..Kerana
keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..
Kisah
cinta luar biasa..Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..Betapa
tulusnya kasih, teguhnya jiwa..Redha dan sabar menempuh segala
ujian..Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman.
Sejenak
diri ini berfikir dan tertanya-tanya...Apakah diri ini mampu meraih
cinta luar biasa ini??Bisakah cinta luar biasa ini digapai?
Tak
tertanding rasanya diri ini dengan insan2 pilihan...Kepayahan, ujian,
cabaran, dugaan, dan halanganYang terpaksa mereka hadapi dan
tanganiDalam meningkatkan imanJuga memperkukuhkan lagi taqwa...
Diri
ini sedar serta mengakui hakikat...Mereka insan2 pilihan...Mereka
insan2 hebat...Agak mustahil untuk menjadi mereka...Namun masih bisa
mencontohi mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan