CERPEN- 8 PEMBOHONGAN IBU KEPADAKU.
Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai
 anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan
 nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA -
 Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu 
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu
 saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa
 daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya 
makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati
 saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu 
kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah 
nak, mak tak suka makan ikan."
03.
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA -
 Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai 
dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara 
persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya
 melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di 
hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana 
terlalu mengantuk.
Saya
 berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak 
tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT -
 Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat 
menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak
 sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada 
Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika
 lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera 
menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
 dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA -
 Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru 
beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah 
kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat
 keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan 
tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran
 sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang 
akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak
 dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah 
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak 
tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak
 dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk
 membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak 
mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana
 itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan 
syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir
 seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari 
tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08
.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi
 tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat 
kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak 
pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, 
sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

anda semua digalakkan untuk berkongsi cerpen ini kepada semua orang
~tq
anda semua digalakkan untuk berkongsi cerpen ini kepada semua orang
~tq
renung2 kan...
BalasPadam