****************~>tinggalkan jejak erk..dun f0rget!..tQ<~***********************

.::ibubapa & guru::.

assalamualaikum..

bila d fikir2, d renung2, kita nie kalau xberguru ntah kemana ar kita..
xkesah ar guru akademik mahupun agama..
ataupun guru2 yg terlantik tanpa disengaja..yg ajar kita cara suap nasi, cara pakai selipa...
walaupun keinginan n kesungguhan itu datangnya dari kita,
tanpa usaha n keringat seorang guru...tiada apa kita sebenarnya..

tapi..

andainya kita gagal, guru ar yg dipersalahkan
andainya kita lemah dalam pelajaran, guru ar yg dipersoalkan

hakikatnya..

siapa yang perlu beri perhatian?
siapa yang perlukan penumpuan?..

hurm..zaman semakin berubah..jika dulu ibubapa memberi kepercayaan penuh pada guru untuk mendidik
dan membimbing anak2, tapi tidak lagi hari ini yang mana rata2 ibubapa kurang percaya pada guru
hinggakan ada sesetengah daripadanya menyalahkan guru sekiranya anak mereka tercedera atau bergaduh sesama mereka..
megapa hal ini berlaku?..kadang2 tertanya juga dalam fikiran nie..
guru bukan cctv yang boleh memerhati setiap murid sepanjang sesi persekolahan
guru xberkesempatan untuk berada d cc setiap murid2 sepanjang masa..
tapi kenapa..kenapa guru juga yang dipersoalkan?..
bagaimana pula dengan kerja2 rumah yang telah guru tinggalkan pada murid2 jika ianya tidak berusik?..
salah siapa pula hal demikian rupa?..
pembantu rumah?, guru?, murid? atau sebenarnya salah ibubapa?..

tidak terlintas untuk menyalahkan sesiapa..
cuma...
lebih mudah dan lebih barokah...sekiranya suasana positif dan damai wujud antara guru n ibubapa
komunikasi 2hala yang baik antara ibubapa dan guru sebenarnya teramatlah penting
demi peningkatan prestasi murid...
kedua2nya harus memainkan peranan masing2
dan sepatutnya sama2 memikirkan cara2 untuk mendisiplinkan anak2, menambah kecekapan anak2 dalam pelajaran, memastikan anak2 fokus kepada setiap hal2 yang lebih bermanfaat..

ibubapa dan guru perlu menjalinkan hubungan yang positif dan saling mempercayai supaya sesi pembelajaran n pengajaran antara murid dan guru tidak terjejas...

sama2 kita renung2kan dan mengambil langkah segera menangani segala kemungkinan..

p/s: terima kasih guru!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Extended Network Banners